Blog

4 ‘Rahsia’ Penulis Artikel SEO Profesional

Pada zaman sekarang, terdapat beribu-ribu blog dan kandungan SEO di laman sesawang yang masing-masing bersaing untuk dilihat oleh pengguna internet yang merupakan pelanggan sasaran anda. Bagaimanapun, terdapat beberapa ‘rahsia’ penulis pakar SEO untuk memastikan artikel yang ditulis oleh mereka mendapat keutamaan di enjin carian seperti Google. Artikel ini akan berkongsi 5 tip menulis artikel SEO dari penulis-penulis artikel SEO profesional.

1. Selitkan kata kunci

Pada masa lalu, kata kunci diletakkan berasingan dengan kandungan SEO. Tetapi, perubahan trend semasa telah mengubah cara terbaik untuk menggunakan kata kunci di dalam kandungan SEO anda. Seperti strategi-strategi SEO yang lain, strategi ini adalah penting untuk dipraktikkan. Anda haruslah menyertakan kata kunci anda di dalam kandungan SEO itu sendiri. Sebagai contoh, menyelitkan kata kunci di dalam tajuk ataupun ke dalam artikel SEO. Turut diambil kira adalah kata kunci tersebut mestilah sesuai dengan artikel dan tidak kelihatan janggal atau rawak. Ini adalah kerana orang yang menggunakan enjin carian sedang mencari kata kunci tersebut kerana mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik tersebut. Maka, kandungan SEO yang komprehensif adalah penting di samping kata kunci memainkan peranannya untuk menaikkan ‘ranking’ laman sesawang anda di enjin carian.

2. Tulis kandungan yang berguna dan bertepatan dengan peredaran masa

Aspek paling penting dalam mana-mana kandungan SEO adalah kandungan yang berguna bagi pengguna internet, terutama pada masa kini. Topik-topik yang penting akan mendapat lebih perhatian daripada topik yang lama dan tidak sesuai dengan peredaran masa. Sebelum anda menulis artikel SEO Malaysia, contohnya, tanya diri anda: Siapa yang akan peduli tentang topik ini? Jika anda sukar untuk menjawab soalan tersebut, ataupun jawapan itu tidak bertepatan dengan minat pengguna internet yang ingin anda tarik, kandungan SEO yang terbaik dari segi aspek lain tidak akan dapat membantu anda untuk menarik pengguna ke laman web anda. Ini adalah kerana anda harus ingat; Kandungan SEO adalah ditulis untuk orang, bukan untuk algoritma Google sahaja. Oleh itu, cipta kandungan yang bernilai bagi pembaca anda. Kongsikan perkara baru kepada pelawat laman sesawang anda seperti perkara unik atau pengetahuan baharu yang tidak dapat mereka jumpai di tempat lain.

3. Panjang artikel yang optimum

Dalam menulis artikel SEO, ramai yang tertanya-tanya panjang artikel yang optimum untuk SEO. Jawapannya adalah enjin carian lebih cenderung untuk memberi keutamaan kepada blog yang lebih panjang. Terdapat banyak kajian menunjukkan enjin carian lebih ‘menyukai’ artikel panjang kerana semakin panjang artikel anda, semakin banyak informasi dan nilai yang dapat diberi kepada pelawat artikel tersebut. Pada masa yang sama, lebih informasi bermaksud anda dapat menjawab pertanyaan dan carian pengguna tersebut, yang kemudiannya dapat mengurangkan ‘bounce rate’ di laman sesawang anda. ‘Bounce rate’ adalah satu perkara yang tidak digemari pakar SEO kerana ia bermaksud apabila pelawat ke laman web tertentu yang keluar dari laman web tersebut setelah melihat satu halaman  sahaja. 

4. Kaji data analitik anda

Sebarang kandungan SEO tidak boleh diterbitkan kemudian dilupakan begitu sahaja. Bahkan, mengkaji kandungan pakar SEO yang telah anda cipta atau tulis di laman sesawang adalah penting untuk mengetahui tahap keberkesanan kandungan SEO tersebut. Seperti telah disebutkan sebelum ini, selain daripada menggunakan kata kunci yang tepat, ‘bounce rate’ adalah aspek penting untuk diambil kira untuk mengkaji keberkesanan kandungan SEO anda. Ini adalah kerana jika ‘bounce rate’ pengguna di laman sesawang anda adalah tinggi, ini bermaksud kebanyakan pengguna tidak mengunjung lama di laman web anda. Mereka tidak lebih berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan oleh syarikat anda dan mereka kebanyakannya tidak akan membuat keputusan membeli, iaitu matlamat utama rancangan pemasaran digital, ataupun pakar digital marketing anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk kerap mengkaji data analitik kandungan SEO yang telah anda terbit untuk memastikan laman sesawang serta kandungan SEO adalah optimum untuk enjin carian.

untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pakar SEO KL, sila lawati https://www.pakarseo.com.my/

Theme by Anders Norén